Makluman .......

Keris dan senjata dalam blog ini BUKAN untuk dijual .... jika anda menginginkan keris, tombak, senjata ataupun barangan antik .... boleh lah ke laman saya yang berikutnya :-

http://manantik.multiply.com

Laman Man Antik

Keris 4 U

Friday, December 12, 2008

Keris 4 U

Laman web Keris 4 U kini dibuka secara rasmi nya ....... akan di update dari masa ke semasa ...

Friday, December 5, 2008

Selamat Hari Raya

Assalamualaikum .......

Saya dan se isi keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir Batin kepada semua sahabat2, rakan2 dan semua yang mengenali diri saya ini.

Kami juga mendoakan agar semua diampunkan dosa dan dimurahkan rezeki.

Friday, November 28, 2008

Berita Harian 27 November 2008

Keratan akhbar mengenai Seminar Keris di UM.

Monday, November 24, 2008

Keris Walkota's Gallery

Galeri Keris Walikota telah dibuka secara rasminya. Galeri ini mengandungi penjualan keris, tombak dan aksesori. Sila lah mengunjung ke alamat yang tertera di bawah.

http://kerisandtombak.blogspot.com

Sunday, November 16, 2008

Seminar Keris di UM .......

Assalamualaikum dan salam sejahtera .......

Saya ingin memohon maaf bagi pihak semua yang terlibat semasa seminar di UM .......
  • andai ada yang terkurang makan
  • andai ada yang tersalah duduk
  • andai ada yang tersinggung
  • andai ada yang terkurang layan
  • andai ada yang tersilap cakap
  • andai ada yang tidak selesa
  • dan sebagainya .....
Maafkan lah kami ....... kami cuba yang sedaya upaya dan terbaik dapat kami lakukan ......
Jangan serik untuk datang ke Malaysia ....... Semoga persahabatan dan persaudaraan kami tetap kekal abadi .......

Saturday, November 15, 2008

Keris Semenanjung

Secara umum, keris semenanjung merupakan keris yang digunakan secara meluas di daerah Semenanjung Tanah Melayu, dan kepulauan berhampiran termasuk kepulauan Riau-Lingga di selatan, Pattani di utara, hinggalah ke brunei di sebelah timur.

Mata/bilah
- tidak terlalu tebal
- berlok
- lurus

Bentuk hulu :-
- jawa demam
- ayam teleng
- kerdas
- tapak kuda

Sampir :-
- tebar layar
- bulan sabit
- tebeng
- debek

Thursday, November 6, 2008

Rahsia Luk (2)

mengikut buku "Senjata Warisan"

Keris Lurus - melambangkan kesetian, ketegasan dan sukar dipengaruhi. Ianya lazim digunakan sebagai keris istiadat.

Keris Lok 3 - digunakan oleh para panglima atau pahlawan. Keris ini dipercayai dapat menunaikan sebarang permintaan penggunanya.

Keris Lok 5 - melambangkan pemiliknya mempunyai kelancaran berbicara dan boleh mempengaruhi orang melalui berbicara.

Keris Lok 7 - melambangkan pemiliknya mempunyai wibawa dan karisma dalam pemerintahan.

Keris Lok 9 - melambangkan pemiliknya bijaksana dan mempunyai sifat kepimpinan.

Keris Lok 11 - menggambarkan pemiliknya memiliki cita-cita tinggi dalam mengejar kemajuan sosial dan sesuai digunakan oleh mereka yang telah bekerja dan berumah tangga.

Keris Lok 13 - bermaksud pemiliknya sanggup mempertahankan apa sahaja yang sudah dimilikinya.

Sunday, October 12, 2008

Rahsia Luk

Mengikut buku "Tanya Jawab Soal Keris Dengan Bambang Harsrinuksmo", rahsia luk terbahagi sebagai berikut :
  • Keris Lurus - keteguhan hati dan kekuatan iman sekaligus melambangkan tauhid.
  • Keris Luk 3 - cita-cita berkaitan dengan keduniaan dan kerohaian dapat tercapai dan rintangan dapat diatasi dengan mudah.
  • Keris Luk 5 - diberi kemampuan lancar berbicara dan pendengar akan terpikat dan terpengaruh.
  • Keris Luk 7 - memiliki wibawa dalam berbicara, agar perintahnya ditaati orang, agar perkataannya mempengaruhi lawan bicaranya, agar bentakannya menakutkan orang yang mendengar.
  • Keris Luk 9 - memiliki wibawa besar dan kharisma, hingga bisa menjadi pemimpin yang baik, agar anak buahnya taat dan segan kepadanya.
  • Keris Luk 11 - memiliki ambisi besar dalam usaha meraih kedudukan tinggi. baik sosial mahupun ekonomi.
  • Keris Luk 13 - memiliki stabilitas dalam jiwa maupun kedudukan sosialnya.

Saturday, October 11, 2008

Keris Pandai Saras Sarang Semut







Saya sedang mencari gambar-gambar keris lama. Tiba-tiba terjumpa gambar ni. Gambar keris ini dimuatkan untuk perkongsian semua peminat.

Keris ini adalah koleksi milik seorang sahabat. Dia minta saya tolong maharkan dan telahpun dimaharkan 2 tahun yang lepas. Mula-mula terfikir untuk disimpan menjadi koleksi peribadi saya, tapi apakan daya, duit ketika itu tidak mencukupi. Dah tak ada rezeki, nak buat macam mana. Yang tinggal hanya koleksi gambar.

Keris Sepokal Bugis







Asal : Luar Semenanjung
Buatan : Bugis
Panjang Keseluruhan : 17"
Panjang Bilah : 12"
Hulu : Kemuning
Sampir : Kemuning
Batang Serunai : Kemuning
Pendokok : Tembaga celup emas
Pamor : Kulit Semangka
Jenis Dapor : Sepokal
Ketandaan : Gunungan
Lain-Lain : Tiada

*** Keris ini adalah keris sulung tangan atau keris pertama yang saya miliki 12 tahun dahulu. Ia adalah keris permulaan yang menjejakkan kaki saya ke dunia perkerisan. ***

Badik Pupuk Gading















Asal : Semenanjung
Buatan : Semenanjung
Panjang Keseluruhan : 9"
Panjang Bilah : 5.8"
Hulu : Gading
Sarung : Gading
Pamor : Tiada
Ketandaan : Pupuk
Lain-Lain : Tiada

Keris Pandai Saras Cerita






Asal : Semenanjung
Buatan : Semenanjung
Panjang Keseluruhan : 20.5"
Panjang bilah : 14.5"
Hulu : Kemuning
Sampir : Kemuning
Batang Serunai : Kemuning
Pendokok : Perak
Pamor : Tiada
Jenis Dapor : Belum pasti
Ketandaan : Tiada
Lain-Lain : Tiada

Pisau Jam Pupuk Berkalimah ALLAH






Panjang Keseluruhan : 11.5"
Panjang Bilah : 7"
Hulu : Tidak pasti dan tembaga
Sarung : Kemuning dan tembaga
Pamor : air menitik @ Ililing Warih
Ketandaan :
  • Kalimah "ALLAH" (di kiri dan kanan pangkal bilah serta di bahagian pupuk)
  • Huruf "Alif"
  • Wafak atau Wajah
  • Miang Emas

Lain-lain : Terdapat 9 Kalimah "ALLAH" yang saya nampak. Wafak atau wajah adalah untuk pendinding dan pengasih kalau tak silap saya. Besinya berbau wangi.

Pamor

Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat (2007), Pamor bermaksud :
  1. besi putih yang dimasukkan dalam mata keris;
  2. kurai daripada besi putih pada mata keris;
  3. keindahan, kemurnian, seni;

Kulit Semangka

Kulit Semangka adalah salah satu motif atau pola gambaran pamor yang mirip dengan kulit buah semangka ataupun tembikai. Ia tergolong pamor tiban, yakni pamor yang bentuk gambarannya tidak dirancang lebih dahulu oleh sang empu.

Pamor ini tergolong dalam jenis pamor mlumah. Di antara kelebihan pamor ini ialah :
  • memperluaskan pergaulan pemiliknya.
  • tidak memilih tuan, bisa dipakai oleh sesiapa.
*** petikan dari buku Ensiklopedi Keris ***

Keris Lurus Semenanjung






Asal : Semenanjung Utara Pattani
Buatan : Semenanjung Pattani
Panjang Keseluruhan : 20.2"
Panjang Bilah : 42"
Hulu : Kemuning
Sampir : Kemuning
Batang Serunai : Kemuning
Pamor : Beras Wutah @ Kulit Semangka
Jenis Dapor : Kalawelang
Ketandaan : Tiada
Lain-Lain : Bertulang, dapor jenis langka.

*** Kalau dilihat gambar kedua, sekali tengok macam singa, sekali tengok macam naga. Entah ia entah tidak. Itu cuma pandangan saya. ***

Thursday, October 9, 2008

Besi Miang Emas

Besi miang emas adalah jenis besi yang terdapat miang kuning seperti emas. Perkataan "miang" adalah berasal dari miang buluh. Pada batang buluh berdapat duri-duri halus kelihatan seperti berbulu. Begitulah juga miang emas pada mata keris.

Besi bermiang emas mempunyai rahsia yang bermaksud :
  • Mengurangkan kepanasan kebakaran.
  • Keamanan dalam kehidupan rumah tangga.
  • Untuk peningkatan darjat dalam penghidupan.
  • Boleh menjadi kaya
*** Dipetik dari buku Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu***

Keris Beko Ganja Iras



Asal : Semenanjung
Buatan : Semenanjung
Panjang Keseluruhan : 15.1"
Panjang bilah : 10"
Hulu : Kemuning
Sampir : Kemuning
Batang Serunai : Kemuning
Pamor : Miang Emas
Jenis Dapor : Tidak pasti
Ketandaan : Tiada
Lain-Lain : Tiada

Batu Lapak / Tapak Gajah

Batu Lapak adalah salah satu motif pamor yang letaknya selalu di bahagian pangkal bilah keris, badik, pedang atau tombak. Bentuk gambaran pamor ini merupakan berkas garis yang melengkung setengah lingkaran, atau membentuk sudut yang ujungnya tidak runcing.

Ditinjau dari segi pembuatannya, pamor ini tergolong pamor miring. Sedangkan dari sudut terjadinya pamor, Batu Lapak tergolong pamor rekan, iaitu pamor yang bentuk gambarannya dirancang lebih dahulu oleh Sang Empu.

Bagi sebahagian pencinta keris, pamor Batu Lapak merupakan pamor titipan yang disusulkan pembuatannya di antara pamor lain yang lebih dominan.

Batu Lapak mempunyai rahsia yang bermaksud :
  • Keteguhan dan Kekuatan.
  • Menyelak pergerakan musuh.

***Dipetik dari buku Ensiklopedi Keris dan Rahsia Keris dan Senjata Warisan Melayu***

Wednesday, October 8, 2008

Keris Beko Batu Lapak



Asal : Jawa
Buatan : Luar semenanjung
Panjang keseluruhan : 11.8"
Panjang bilah : 7.5"
Hulu : Kemuning Hitam (semula jadi)
Sampir dan batang serunai : belum dikenal pasti

Pamor :
Urat Perut @ Lawe Setukel (jawa)
Jenis Dapur : Betok
Ketandaan :
  • Batu Lapak / Tapak Gajah ,
  • Kalimah Lam Alif (perhatikan pada gambar kedua di sudut kanan sebelah bawah bilah atau aring bahagian kepala cicak)
Lain-Lain : Tiada